Klinik Desa Kampung Pendamar

Klinik Desa Kampung Pendamar

Opening hours

Klinik Desa Kg Pendamar
Klang, Selangor 41200
Our Booking PolicySelamat datang ke Sistem Temujanji atas talian Kinik Desa Kg Pendamar. Sila hadir 15 min sebelum masa temujanji. Sebarang pertanyaan, sila telefon 03-31653679

Services

Book

Pap smear

Book

Imunisasi

About

Norma Baharu Temujanji Perkhidmatan Klinik Desa Kg Pendamar

dikemaskini pada 29/6/2020

Bermula 7 July 2020, bagi mengawal kesesakan dan mengurangkan risiko jangkitan COVID-19, Klinik Desa Kg Pendamar mengamalkan polisi penerimaan kes mengikut temujanji sahaja selain kecemasan. Sila gunakan laman web ini untuk menempah slot berjumpa dengan kami.
***************************
Terma dan Syarat Tempahan Temujanji Atas Talian (“Online Appointment System”) di Klinik Desa Kg Pendamar adalah melalui aplikasi “Setmore”
1. Proses tempahan temujanji ini dilakukan menerusi platform penjadualan temujanji atas talian Setmore yang direka dan diselenggara oleh pihak ketiga. Dengan menggunakan perisian tersebut, anda dianggap menerima terma dan syarat (https://www.setmore.com/terms), serta polisi privasi (https://www.setmore.com/#privacy-policy) yang ditetapkan oleh penyedia perisian.
2. Pengguna dinasihatkan untuk berada di Klinik 15 minit sebelum slot tarikh dan masa yang telah ditetapkan menerusi laman web ini.
3. Adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk memilih kategori Perkhidmatan Klinik yang betul semasa membuat tempahan.
4. Untuk tempahan perkhidmatan “walk-in”, hanya satu slot sahaja dibenarkan untuk ditempah dalam satu-satu masa. Pihak Klinik berhak membatalkan mana-mana slot tempahan berganda (“double booking”) yang dibuat oleh pengguna
5. Semasa hadir ke Klinik pada tarikh dan masa yang ditetapkan, pengguna harus membawa bukti tempahan dan ditunjukkan kepada kakitangan Klinik yang bertugas. Berikut adalah bukti tempahan yang boleh diterima:
a) Gambar “screenshot” halaman bukti tempahan “Booking confirmation” yang dilakukan di laman web. atau
b)Notifikasi tempahan melalui e-mel, sama ada dalam bentuk digital atau tercetak.
6. Pengguna hendaklah memasukkan nama penuh sendiri mengikut dokumen pengenalan rasmi semasa membuat tempahan di laman web Klinik. Dokumen pengenalan pengguna (seperti Kad Pengenalan, Pasport atau Surat Beranak) hendaklah dibawa dan dipamerkan kepada kakitangan Klinik yang bertugas sewaktu hadir ke Klinik.
7. Pengguna boleh meminda atau membatalkan slot temujanji yang telah ditetapkan sama ada melalui pautan yang dilampirkan di dalam notifkasi e-mel (sekiranya alamat e-mel dimasukkan semasa tempahan), atau di Laman Web (sekiranya “Customer profile” dicipta atau akaun dicipta menggunakan platform Facebook/Google/Setmore – maka pengguna boleh log masuk untuk melihat jadual temujanji pengguna sendiri). Sekiranya pengguna gagal memasukkan alamat e-mel atau mereka “Customer profile”/mencipta akaun beserta kata laluan semasa tempahan asal, pengguna hanya boleh meminda temujanji melalui panggilan telefon atau hadir sendiri ke Klinik.
8. Sebarang kos perkhidmatan Klinik adalah tertakluk kepada Akta Fi, Perintah Fi (Perubatan) 1982, Perintah Fi (Perubatan)(Kos Perkhidmatan) 2014 dan Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
9. Pihak Klinik berhak menolak kehadiran pengguna jika pengguna tidak mematuhi Terma dan Syarat yang ditetapkan dan meminta pengguna menempah slot yang lain, melainkan atas hal-hal kecemasan atau atas budi bicara pihak Klinik sendiri.
10. Pihak Klinik berhak meminda Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa makluman awal. Pihak Klinik juga berhak meminda, menangguhkan atau memberhentikan secara sementara atau kekal, sebahagian atau semua Perkhidmatan (termasuk isi kandungannya) di dalam laman web ini, yang berkaitan dengan sesetengah atau semua pengguna, tanpa sebarang notis/makluman awal.

Klinik Desa Kg Pendamar

Good to know

Reviews

Be the first to review us and share insights about your experience.